HIBAH UNTUK ANAK KURANG UPAYA

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengimpikan kehadiran anak.  Namun adakalanya ditakdirkan memiliki anak yang kurang upaya dan tidak mampu berdikari.  Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar mengurus keperluan harian mereka, malah merancang masa depan mereka.  Pernahkah terfikir, andai ibubapa dijemput Ilahi, bagaimana nasib mereka? Siapakah yang boleh mengambilalih tugas menjaga mereka?  Dimanakah mereka akan tinggal dan bagaimana tentang sarahidup?

Anak adalah amanah Allah untuk ibubapa.  Setiap anak yang lahir didunia ada rezeki tersendiri.  Namun perlulah diketahui selagi mereka belum dewasa ianya menjadi tanggungjawab ibubapa.  Dalam rezeki ibubapa, ada hak mereka!

Bagi menjaga kebajikan anak-anak istimewa ini,  ibubapa perlulah merancang sesuatu bagi menjamin kehidupan mereka anda berlaku musibah kematian kepada ibubapa.  Jika ibubapa memiliki rumah, maka perlulah hibahkan rumah tersebut kepada anak agar ada tempat untuk mereka berteduh.  Tidak akan adalah ‘drama’ anak-anak yang tidak mampu membela diri ini dihalau oleh waris yang tidak berperasaan.

Ibubapa juga perlu ada tabungan bagi sarahidup anak-anak ini bagi kelangsungan hidup andai mereka pergi dulu.  Ini sudah tentu tidak membebankan waris yang menjaga mereka.    Simpanan dalam akaun bank, simpanan Tabung Haji, Saham Amanah, Manfaat Takaful atau mana-mana simpanan perlu dihibahkan semasa hidup beserta dengan amanah.  Pemegang amanah atau penjaga harta perlu dilantik bagi memastikan orang yang tepat memegang amanah harta hibah agar kebajikan dan kelangsungan hidup anak istimewa terjamin.  Kegagalan ibubapa membuat perancangan boleh menyebabkan mereka terbiar tanpa pembelaan.  Anak adalah amanah Allah, harta juga amanah Allah, setiap kita berlu bertanggungjawab menjaga amanah tersebut.