HARTA AMANAH

Siulan burung hantu seakan memberi petanda sudah tibanya waktu tengah malam. Embun pagi mula menunjukkan diri setelah seharian tidak kelihatan. Cuaca malam nyaman, tenang sambil angin menyapa manja kulit 4 beranak yang sedang duduk di beranda leka bersembang sesama sendiri. Bulan malam itu tidak kelihatan, bintang pula segan silu memancarkan cahayanya. Cahaya lampu pendaflor yang balam menjadi penerang gelap mereka semua. Malam yang dingin itu, si adik perempuan membancuh seteko kopi untuk di minum bersama. Gembira hati si ayah dapat berkumpul bersembang dengan anak-anaknya sehingga larut malam. Pada masa yang sama, si ayah tergerak untuk menyampaikan hasratnya kepada anak-anaknya.

Ayah     :   “Ayah rasa, ayah dah tak lama dah ni nak… Kalau ayah pergi nanti, tak nak la kamu semua berebut  bahagian ayah dalam tanah Kuala Langat tu. Ayah ni risau, memanglah kamu  semua adik-beradik. Tapi pasal harta ni, macam-macam boleh jadi nak!”

Kakak   :  “Ayah, jangan la cakap bukan-bukan. Kami sayang ayah. Jangan la cakap macam tu, sedih  dengarnya.”

Adik P   : “Betul tu ayah. Kami ni dah takda kasih sayang mak. Ayah pulak cakap macam ni. Kami tak bersedia ayah. Kami adik beradik semua sayangkan ayah. Kami tak pandang harta ayah. Kami  sayang ayah sebab ayah satu-satunya ayah kami.”

Adik L   : “Apa yang ayah cakap tu ada betulnya. Kita ni kena fikir ke hadapan. Nanti ayah dah meninggal,  siapa nk uruskan harta dia? Ayah pulak nak bagi sama rata dekat semua. Bukannya ayah nak  cepat-cepat mati. Tapi nak pastikan proses urusan harta tu lancar. Pasal harta ni macam-macam boleh terjadi. “

Ayah     : “ Betul lah tu apa yang kamu cakap nak. Tapi tanah ni tanah pertanian. Luasnya lebih kurang 1  Hektar lebih. Nak pindah milik pulak tak boleh kepada 3 penama. Kena seorang sahaja. Ayah cadang nak beri amanah ni pada kakak kamu. Nanti ayah dah takda, kakak kamu yang pegang amanah, perlu bahagi sama rata dekat adik-adik.”

Kakak   : “Kalau semua setuju, boleh letak nama kakak. Kakak jadi pemegang amanah. Nanti kakak  bahagikan sama rata dekat adik-adik. “

Adik L&P: “Kami setuju ayah. Pindah milik tanah tu pada kakak. Lagipon dia sulung. Elok sangat dia yang  uruskan.”

Keesokan harinya, si ayah dan si kakak pergi melakukan proses pindah milik. Setelah melalui beberapa proses, tanah itu sekarang sudah menjadi milik si kakak.

Ayah:    “Alhamdulillah, selesai urusan kita hari ini ya Kak . Ayah pon baru tahu, pindah milik ni ada cukai/ duty stamp.”

Kakak:  “Kakak pon sama ayah, tak pernah berurusan dalam soal tanah ni. Baru tahu tanah tu kena  nilai dulu. Lepastu baru bayar cukai/ duty stamp.”

Ayah:   “Kamu  kena ingat, kamu kena pegang amanah ayah elok-elok. Jangan lupa beri kepada adik-   adik bahagian mereka. Ayah pesan ni, jangan kamu lupa pesan ayah.”

Kakak:   “Baik ayah, akak ingat amanah yang ayah berikan ni. InsuaAllah, akak akan laksanakan sebaiknya. “

Assalamualikum semua. Sudah baca kisah di atas? Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Betul ke si kakak menjalankan amanah ayahnya? Kenapa bahagian si ayah dalam tanah tersebut tidak boleh dipindah milik kepada 3 orang? Mungkin banyak lagi persoalan yang timbul dalam minda kalian. Baiklah, saya akan menyambung dan mengulas kes di atas.

Alhamdulillah, baru-baru ini, saya ada menyelesaikan sebuah kes daripada pelanggan yang ingin melakukan hibah. Pelanggan tersebut datang berjumpa saya menceritakan masalahnya kerana ingin mencari jalan penyelesaian.  Saya rasa bertanggungjawab untuk membantu pelanggan iaitu si kakak dalam menyelesaikan masalahnya. Menurut si kakak, tanah tersebut merupakan amanah daripada arwah ayahnya bukan milik di seorang. Dia perlu berikan kepada adik-adik mengikut bahagian yang sama rata iaitu 1/3 bagi satu orang. Namun begitu, selepas kematian si ayah, tanah itu tidak menjadi harta pusaka si ayah kerana tanah tersebut sudah di pindah milik kepada si kakak. Jadi didalam geran si kakak yang mempunyai hak ke atas tanah tersebut.  Maknanya di sini, si kakak memegang semua bahagian si ayah dalam tanah tersebut secara bersendirian.  Oleh sebab itu, tanah itu tidak boleh dimasukkan dalam proses tuntutan harta pusaka si mati iaitu si ayah.

Keadaan menjadi rumit apabila tanah tersebut tidak boleh pindah milik kepada adik beradiknya yang lain.   Hal ini kerana, mengikut Akta Kanun Tanah Negara, di Selangor, jika tanah pertanian, akta telah meletakkan had 1 ekar tanah hanya satu nama sahaja. Memang betul 1 hektar lebih itu luas dan boleh mencapai 2 ekar.  Walaupun arwah ayah pernah memaklumkan perkara ini tetapi dia tidak dapat gambaran sepenuhnya berkaitan perkata ini. Si kakak buntu tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Situasi akan bertambah kritikal apabila si kakak meninggal, dan dia tidak melakukan apa-apa tindakan, maka tanah tersebut menjadi harta pusaka beliau.  Si kakak pula telah mempunyai seorang suami dan dua anak perempuan.  Dari sudut perwarisan , tanah yang arwah ayah amanahkan perlu berkongsi dengan waris si kakak. Sedangkan arwah ayah telah mengamanahkan si kakak memberi secara sama rata pada 3 beradik sahaja.  Secara tidak langsung, amanah si ayah tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

Dalam situasi ini, apa yang boleh si kakak lakukan adalah dengan menghibahkan tanah tersebut kepada adik-beradiknya yang lain iaitu, si adik perempuan dan si adik lelaki. Si kakak mempunyai kesedaran yang tinggi dan seorang yang amanah kerana beliau tidak mahu mengambil bahagian atau hak adik beradiknya.   Walau di dalam geran tanah tercatat nama si kakak secara seorang. Jika di bawa ke mahkamah untuk bicara, tanah itu memang milik kakak berseorangan secara sah. Proses pindah milik yang dilakukan memang sah di sisi undang-undang.  Adik-adik tidak mempunyai dokumen hitam putih di mana arwah ayah menyuruh kakaknya membahagikan tanah tersebut secara sama rata. Tetapi yang tersirat, adalah amanah arwah ayah. Arwah ayah menyuruh si kakak membahagikan sama rata antara mereka bertiga. Dokumen yang tersurat memang sah milik kakak, tetapi amanah tidak dilaksanakan.

Oleh yang demikian, saya selaku perunding hibah, telah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik buat si kakak dengan melakukan hibah kepada adik-beradiknya. Perlu diketahui bahawa jika hibah telah dilaksanakan, adik-adik yang lain mempunyai hak mereka atas tanah tersebut walaupun di dalam geran hanya tertera nama kakak. Jika si kakak mati, hibah yang dilaksanakan terpakai dan nama di dalam geran boleh di turunmilik kepada nama 3 beradik tersebut mengikut bahagian mereka iaitu 1/3 melalui proses pusaka. Si kakak juga mengambil langkah yang bijak apabila saya memberitahu dia juga dalam keadaan kritikal. Hal ini kerana si kakak tidak mempunyai anak lelabi yang boleh menjadi asobah dalam pewarisannya jika dia meninggal.  Oleh itu, si kakak juga telah menghibahkan bahagiannya kepada 2 anak perempuannya supaya anak-anaknya tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Tambahan pula, apabila hibah dilaksanakan, jika ada pihak yang ingin menuntut hak mereka ke atas harta tersebut, ianya tidak sah dan tidak diterima kerana proses hibah menjamin harta tersebut milik penerima yang ditentukan oleh pemberi.

Ringkasnya daripada kes ini, kaedah hibah membantu si kakak dalam melaksanakan amanah arwah ayahnya.  Jadi bagi mereka yang ingin memberikan hartanya kepada waris secara sama rata atau kepada pihak yang mereka inginkan, mereka boleh melaksanakan hibah. Berbeza hibah dengan wasiat, wasiat hanya 1/3 daripada harta si mati. Tetapi hibah tidak ada hadnya. Bagaimana pula dengan anda semua? Anda mahu yang mana? Hibah atau hiba?

Hjh Norasiah binti Hassan, Alnur Wealth Management