Bila isteri meninggal dulu…

Kebiasaan kita dengar kisah isteri yang susah bila suami meninggal.. tetapi ada kes si suami juga bermasalah bila isteri meninggal.

Dari fail kes sebenar, si suami yang bukan menantu pilihan kerana jawatan kerani sahaja berbanding arwah isteri berpangkat tinggi. Tambahan merumitkan pula hanya meninggalkan 3 anak perempuan sahaja ( tiada anak lelaki sebagai assobah). Maka, waris faraid:

Ibu : 24/144 bahagian

suami : 18/144 bahagian

3 anak perempuan : 18/144 bahagian x 3 orang

2 adik beradik lelaki : 18/144 bahagian x 2 orang

2 adik perempuan : 9/144 bahagian x 2 orang

Semasa dalam proses mahu mengurus pusaka, pedih telinga dengan sindiran tajam ibu mertua dan ipar duai… Isteri tinggalkan 2 rumah, kereta H, simpanan ASB, KWSP dan akaun bank juga barang kemas.  “Ah! kau tu tumpang senang anak aku jer, harapkan kau, ada motor buruk jer”.

Bunyi dah macam cerita filem P. Ramlee, Ibu Mertuaku… ya lah, suami bukan doktor, bukan lawyer, bukan juga jurutera…

Ipar duai juga gertak minta bayar tebus faraid jika nak rumah tu, walaupun mereka dah sedia tahu si suami tak mampu. Sedih sungguh bila direndahkan begitu.

Sudahnya kami ambil alih urusan pusaka atas permintaan si suami.  Semua waris dipanggil duduk semeja dan diberi khutbah pusaka.  Semua diberi kefahaman tentang pembahagian faraid, yang ada dengan tanggungjawab!

Alhamdulillah selesai pembahagian dengan adanya kami sebagai pemudahcara… Kalau suami urus sendiri rasanya drama masih berepisod² entah bila berakhir.  Pandai kecek, semua waris serah bahagian kepada anak-anak perempuan… ‘skill’ kecek bukan semua orang boleh buat, mujur Allah mudahkan.

Bila ada anak perempuan sahaja, perlu tahu perwarisan anda kritikal.  Rancang harta semasa anda masih ada, jangan biarkan waris² bergaduh kerana harta yang kita cari… Pastikan kebajikan pasangan dan anak² terjamin.

Benda boleh rancang, kenapa nak tempah risiko???  Islam pon menggalakkan kita membuat perancangan harta demi menjaga KEBAJIKAN waris juga mengelakan dari perebutan harta.  HIBAH HARTA adalah solusi terbaik dan sunnah Nabi SAW ;

“Tinggalkan anak isteri dalam kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam kesusahan dan meminta-minta” Riwayat AlBukhari.

Ianya lebih merujuk kepada tanggungjawab suami kepada anak isteri.  Tetapi andai isteri ditakdirkan berkahwin dengan suami yang kurang berkemampuan dari sudut harta, tetapi bertanggungjawab, tak salah isteri merancang harta untuk anak2 juga suami. 

.

Caj hibah tidak mahal berbanding kesusahan yang bakal dihadapi.  Pakej ansuran untuk yang kurang berkemampuan, hanya RM51/sebulan (3 thn) sahaja. Hubungi kami untuk info lanjut.

Konsultasi perancangan harta PERCUMA.

https://linktr.ee/hibahpusaka