Alnur Wealth Management

Hibah.Amanah.Wasiat. Pusaka.

Rakan Strategik kepada Wasiyyah Shoppe Berhad (Syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan perkhidmatan perwarisan harta komprehensif secara digital di Malaysia). Alnur Wealth Management berpejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Namun, pelanggan kami berada di seluruh Malaysia juga Sabah dan Sarawak dengan operasi digital. Perkhidmatan kami meliputi pengurusan tuntutan pusaka dan perancangan perwarisan harta secara ‘tailor made’ kepada setiap pelanggan.

MISI KAMI

Menyediakan Solusi

Membantu Masyarakat Islam Menyediakan Solusi Perancangan Pewarisan Harta Yang Komprehensif Secara Patuh Syariah Mengikut Keperluan Kepada Waris Dan Individu Berkepentingan Dengan Fi Yang Berpatutan.

Menyelesaikan Tuntutan

Membantu Masyarakat Islam Menyelesaikan Tuntutan Harta Pusaka Simati Bagi Memastikan Ianya Dapat Diselesaikan Dengan Segera Bagi Manfaat Waris-Waris Yang Berhak

Memberi Kesedaran

Memberi Kesedaran Dan Pengetahuan Berkaitan Kepentingan Merancang Harta Dan Pengurusan Pusaka Yang Tepat

.

VISI KAMI

  • Ke arah Masyarakat Islam Yang Perihatin Merancang Pewarisan Harta
  • Mewujudkan Hubungan Saliturahim Dan Harmoni Yang Berkekalan Di Kalangan Ahli Waris
  • Mamatuhi Hukum Syarak Dan Menghormati Hak Sesama Ahli Keluarga Atau Waris

perkhidmatan

Harta yang diperolehi semasa hidup adalah amanah daripada Allah swt semata-mata. Kita sebagai pemilik bebas untuk menggunakan harta tersebut sama ada untuk dibelanjakan, disedekahkan, dijual, dicagar atau dilaburkan bagi memperolehi keuntungan yang patuh syariah. Harta yang kita miliki pada hari ini tidak lengkap sekiranya kita tidak membuat perancangan pewarisan yang komprehensif untuk manfaat kepada ahli keluarga dan individu tersayang apabila kita meninggal dunia. Harta-harta ini perlu dibuat perancangan pengagihan semasa hidup bagi melengkapkan kitaran amanah pemilikan harta dari Allah swt. Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut:

Ada pusaka waris anda belum selesai? Ketahuilah, sebaik sahaja seseorang hamba Allah dijemput Ilahi, segala harta yang ditinggalkan akan bertukar status menjadi HARTA PUSAKA.  Selagi urusan harta pusaka tidak selesai, bermakna urusan dunia simati juga belum selesai.  Masalah akan menjadi bertambah rumit jika simati meninggalkan hutang dan membebankan waris.  Waris-waris juga tidak dapat memanfaatkan harta yang ditinggalkan. Kami membantu dan memudahcara tuntutan pusaka samada kes pusaka kecil (Pejabat Pusaka Kecil) dan kes pusaka besar (Mahkamah Tinggi Sivil) untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir / Grant Of Probet serta Perintah Pembahagian / Distribution Order. Ada pusaka waris anda belum selesai? Ketahuilah, sebaik sahaja seseorang hamba Allah dijemput Ilahi, segala harta yang ditinggalkan akan bertukar status menjadi HARTA PUSAKA.  Selagi urusan harta pusaka tidak selesai, bermakna urusan dunia simati juga belum selesai.  Masalah akan menjadi bertambah rumit jika simati meninggalkan hutang dan membebankan waris.  Waris-waris juga tidak dapat memanfaatkan harta yang ditinggalkan. Kami membantu dan memudahcara tuntutan pusaka samada kes pusaka kecil (Pejabat Pusaka Kecil) dan kes pusaka besar (Mahkamah Tinggi Sivil) untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir / Grant Of Probet serta Perintah Pembahagian / Distribution Order

Ingin pastikan pusaka anda diurus dengan cepat dan tepat tanpa membebankan waris dengan kos dan masa?  Satu kaedah iaitu tabung tabarru’ pusaka / khairat pusaka disediakan bagi membantu anda dan waris-waris.  Menggunakan kaedah ini, waris tidak perlu mengeluarkan kos untuk mengurus pusaka.  Pihak kami akan menjadi pemudahcara (ALWASITAH) membantu memastikan pusaka anda diurus dengan segera.    Masalah tidak tahu mengurus, tiada masa, penipuan waris, isu dokumentasi dan sebagainya dapat dielakkan dengan pakej ALWASITAH iaitu pemudahcara urusan pusaka umat Islam.

Wasiat amal jariah (wasiat 1/3) : Pemilik harta berhasrat memberikan hartanya kepada bukan waris selepas kematiannya.  Contohnya, pemberian kepada anak angkat, masjid, rumah kebajikan, pusat tahfiz dan sebagainya bagi tujuan amal jariah.  Pemberian tersebut terhad kepada satu pertiga (1/3) dari keseluruhan harta pusaka setelah melangsai segala kos pengkebumian, hutang simati dan tuntutan harta sepencarian (jika ada). Wasiat Pentadiran.  Pemilik harta melantik Wasi / Pemegang Amanah / Penjaga Harta anak di bawah umur atau individu kurang upaya akal bagi memudahkan pentadbiran harta pusaka. Wasi yang dilantik hendaklah individu atau syarikat amanah yang akan bertindak mengurus harta pusaka.  Wasi hendaklah dilantik oleh pemilik harta semasa hidup dikalangan ahli keluarga yang diketahui adalah layak manjalankan tanggungjawab menguruskan dan mentadbir pembahagian harta pusaka dengan telus dan amanah dengan bantuan nasihat dan pengawasan Wasiyyah Shoppe Berhad sehingga selesai sepenuhnya.  Perlantikan wasi semasa hidup akan memudahkan urusan tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil tanpa memerlukan Bon Jaminan kepada mahkamah.

Pemberian harta yang dibuat semasa hidup dengan sukarela dan tanpa mengharapkan balasan.  Pemilik harta boleh membuat perancangan harta secara hibah mutlak, hibah rugba atau hibah bersyarat.  Hibah perlu mematuhi rukun iaitu perlu ada pemberi, penerima, harta yang dihibahkan dan aqad (ijab dan qabul) serta syarat al qabd (bertasarruf terhadap harta) bagi memastikan ianya sah. Harta yang boleh dihibahkan hendaklah harta milik pemberi serta diperolehi secara patuh syariah. Jenis harta yang oleh dihibahkan ialah hartanah (termasuk yang masih dalam pinjaman), kenderaan, saham amanah, saham syarikat, saham ‘private mandate’, akaun Tabung Haji, akaun bank, akaun CDS, unit amanah, manfaat takaful, emas dan barang berharga. Pemilik harta boleh menghibahkan harta yang dirasakan perlu mengikut hasrat tersendiri.

Pemilik harta membuat deklarasi terhadap harta tertentu sebagai harta sepencarian pasangannya. Deklarasi ini akan memudahkan tuntutan harta sepencarian yang dibuat  pasangan di Mahkamah Syariah.

Pemilik harta melantik syarikat amanah (Wasiyyah Shoppe Berhad) sebagai pemegang amanah bagi tujuan perancangan harta mengikut hasrat tersendiri dan dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.  Amanah akan dibentuk dengan adanya pemegang amanah (trustee), harta amanah (trust asset), Surat Ikatan Amanah (trust deed), pembuat amanah (settlor) dan penerima manfaat (beneficiary). Pemilik harta boleh membuat perancangan mengikut kehendak dan keperluan dengan tujuan kebaikan dan kebajikan pemilik serta waris-waris.

Pemilik perniagaan perlu membuat perancangan bagi memastikan perniagaannya akan terus beroperasi walaupun beliau telah tiada.  Pemilik boleh memilih individu tertentu mewarisi dan meneraju perniagaan kerana adakalanya anak / waris tidak dilatih atau tidak berminat menguruskan perniagaan. Perwarisan perniagaan sangat penting bagi memastikan perniagaan akan berterusan hingga generasi akan datang. Keuntungan syarikat juga boleh dirancang untuk dimanfaatkan waris disamping juga boleh berinfaq mengikut formula pemilik syarikat.

Melalui kaedah ini, dapat merealisasikan hasrat pemilik harta agar harta yang dimiliki akan dinikmati manfaatnya hingga beberapa keturunan. Harta Amanah akan diuruskan hingga ke generasi akan datang dibawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Amanah mengikut formula agihan pemilik harta.  Harta Amanah akan terkeluar dari pusaka dan tidak diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.  Pemilik harta boleh merancang hartanya dalam pelbagai sudut seperti sarahidup, kebajikan dan kesinambungan manfaat harta

Masih ada soalan?

TEAM
KAMI

HJH. NORASIAH BT HASSAN
PENGURUS ALNUR WEALTH MANAGEMENT
HJ. ALZUHARI BIN HASAN
PERUNDING PERWARISAN (DAI’E MAWARITH)
KHAIRUL ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN
PERUNDING PERWARISAN (DAI’E MAWARITH)
Mohamad Amirudin bin Abu.
PERUNDING PERWARISAN (DAI’E MAWARITH) JOHOR
WAN HAMDANIE BINTI WAN MOHAMAD
PERUNDING PERWARISAN (DAI’E MAWARITH)

Mari lihat video testimoni kami..

FOLLOW Social Media KAMI

Hubungi Kami

lOKASI