BLOG

Lelaki Pun Teraniaya

Selalu kita dengar di media sosial…
kisah wanita yang teraniaya dalam rumahtangga.
Tapi kali ni…
kisah seorang lelaki.
Tahun lalu, dia bercerai.
Bukan sebab orang ketiga…
tapi kerana rezeki yang diuji.
Dia kehilangan pekerjaan.
Terpaksa berhenti.
Demi teruskan hidup, dia bawa Grab… siang malam.
Namun…
dalam keadaan itu, isteri mula berubah.
Dipandang rendah.
Dicari salah.
Apa yang dibuat, semuanya tak kena.
Isteri banyak merujuk kisah viral sosmed,
Padahal situasi mereka tak sama…
Akhirnya…
isteri sendiri yang minta cerai.
Hancur hati seorang lelaki,
bila insan yang sepatutnya jadi sumber kekuatan…
jadi orang yang paling menjatuhkan
Jatuh bagai dihenyak kedasar…
Setahun dia ambil masa untuk bangkit.
Pulihkan emosi.
Kutip semula kekuatan diri.
Hari ini…
Alhamdulillah, dia dah ada kerja yang lebih baik.
Tapi luka itu…
masih ada.
Dia jumpa saya untuk bertanya beberapa perkara..,
Dalam perbualan kami,
dia mula terfikir satu perkara…
“Kalau jadi apa-apa pada saya nanti…
siapa uruskan semua ni?”
Dia tiada anak.
Dan yang lebih merisaukan…
Beberapa simpanan penting seperti KWSP & Tabung Haji,
masih lagi meletakkan bekas isteri sebagai penama.
Saya nasihatkan dia:
👉 Segera semak dan tukar penama
kepada ibu bapa atau adik-beradik yang amanah.
👉 Senaraikan semua harta & hutang
supaya waris tahu apa yang perlu diuruskan.
👉 Sediakan perlindungan seperti khairat pusaka
agar urusan jadi mudah bila kita tiada nanti.
Kadang kita terlalu fokus untuk bangkit semula…
sampai terlupa satu perkara penting—
Apa jadi pada harta kita, bila kita dah tiada?
Jangan tunggu terlambat.
Perwarisan bukan untuk orang tua sahaja.
Yang pernah terluka…
yang sedang bangkit…
itulah yang paling perlu bersedia.
Jangan terlalu hanyut dalam kesedihan
Kita semua berhak bahagia.
.
#KisahBenar
#Rancanghartasemasahidup #fahamfaraid #hibahhartasebelumhiba #susahuruspusaka

SETERUSNYA »

Bila isteri meninggal dulu…

Kebiasaan kita dengar kisah isteri yang susah bila suami meninggal.. tetapi ada kes si suami juga bermasalah bila isteri meninggal. Dari fail kes sebenar, si

SETERUSNYA »

TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Berdasarkan pertanyaan yang saya terima, ramai yang masih keliru atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kaedah menguruskan harta pusaka si mati.  Ramai yang beranggapan, terus kepada

SETERUSNYA »

HARTA AMANAH

Siulan burung hantu seakan memberi petanda sudah tibanya waktu tengah malam. Embun pagi mula menunjukkan diri setelah seharian tidak kelihatan. Cuaca malam nyaman, tenang sambil

SETERUSNYA »

HIBAH HARTA DALAM PERKAHWINAN

Statistik kes perceraian dalam tempoh PKP bertambah berbanding sebelumnya.  Masalah utama adalah kewangan, kerana ramai suami yang tidak dapat bekerja dan ada yang diberhentikan.  Perceraian

SETERUSNYA »

HIBAH UNTUK ANAK KURANG UPAYA

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengimpikan kehadiran anak.  Namun adakalanya ditakdirkan memiliki anak yang kurang upaya dan tidak mampu berdikari.  Tanggungjawab ibu bapa bukan

SETERUSNYA »